Friday, 4 April 2014

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan- Zabri Moktar

Pertama kali saya menjejakan kaki di Pakan saya merasa sangat sedih diatas kemunduran rakyat disini kerana masih tidak mendapat kemudahan asas seperti di bandar. Sangat bertuah kerana menjadi salah seorang sukarelawan yang dapat menyumbangkan sedikit bantuan kepada rakyat. 

Walaupun kami berlainan agama dan bangsa tetapi layanan masyarakat Iban di Rh Bujang Ulu Wak Pakan membuatkan saya berada dalam keluarga sendiri terutama sekali keluarga Angkat saya iaitu en Nyegang Dan isteri Pn klang , mereka umpama  abang kandung dan kakak saya sendiri. Layanan dan masakan yang dihidangkan sangat istimewa. 

Semangat gotong royong diantara sukarelawan dan orang kampung amatlah saya puji dan saya tidak pernah merasakan pengalaman yang terindah seperti ini. Saya berharap akan lebih ramai lagi sukarelawan yang akan menyertai program dan projek yang dianjurkan oleh DAP dan Impian Sarawak.

Sekiranya ada lagi program seperti ini saya akan menyertai lagi sekiranya saya diberi kesempatan. Terima kasih diucapkan kepada Impian Sarawak, pengarah projek, DAP Protem Pakan, Penghuni Rh Bujang dan sukarelawan yang lain.

No comments:

Post a Comment