Monday, 3 March 2014


Satu lagi projek dari Impian Sarawak!


Pada kali ini, Sukarelawan Impian Sarawak turun ke Sungai Rasau dengan misi untuk membina jeti baru yang akan memberi manfaat pada lebih kurang 40 keluarga terutama bagi penduduk Rumah Pasang. Selain itu,kami juga memperbaik jeti lama di Rumah Juan yang digunakan oleh lebih kurang 30 keluarga.


Sungai Rasau terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari Bandar Sibu menggunakan bot dan 4 jam menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Para sukarelawan memulakan kerja sebaik sahaja tiba di rumah panjang tersebut.









No comments:

Post a Comment